XtGem Forum catalog
Kartun bwh phon 1
kata-kata bijak bingkisan ekonove
Cinta tidak pernah
meminta, ia sentiasa
memberi, cinta
membawa
penderitaan, tetapi
tidak pernah berdendam, tak
pernah membalas
dendam. Di mana ada
cinta di situ ada
kehidupan; manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan.~
Mahatma Ghandi Tuhan memberi kita
dua kaki untuk
berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua
telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa
Tuhan hanya
menganugerahkan
sekeping hati pada
kita? Karena Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati
pada seseorang untuk
kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta. Ada 2 titis air mata
mengalir di sebuah
sungai. Satu titis air
mata tu menyapa air
mata yg satu lagi,”
Saya air mata seorang gadis yang
mencintai seorang
lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa
kamu pula?”. Jawab
titis air mata kedua tu,” Saya air mata
seorang lelaki yang
menyesal membiarkan
seorang gadis yang
mencintai saya berlalu
begitu sahaja.” Cinta sejati adalah
ketika dia mencintai
orang lain, dan kamu
masih mampu
tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai
seseorang, kita akan
sentiasa
mendoakannya
walaupun dia tidak
berada disisi kita. Jangan sesekali
mengucapkan selamat
tinggal jika kamu
masih mau mencoba.
Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa
sanggup. Jangan
sesekali mengatakan
kamu tidak
mencintainya lagi jika
kamu masih tidak dapat melupakannya. Perasaan cinta itu
dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka
dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu
berhenti menyukai seseorang, cukup
dengan menutup
telinga. Tapi apabila
kamu Coba menutup
matamu dari orang
yang kamu cintai, cinta itu berubah
menjadi titisan air
mata dan terus
tinggal dihatimu dalam
jarak waktu yang
cukup lama. Cinta datang kepada
orang yang masih
mempunyai harapan
walaupun mereka
telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka
telah dikhianati.
Kepada mereka yang
masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti
sebelumnya dan
kepada mereka yang
mempunyai
keberanian dan
keyakinan untuk membangunkan
kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-
kata cinta pada orang
yang tersayang
sehingga dia
meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa
catatkan kata-kata
cinta itu pada
pusaranya .
Sebaliknya ucapkan
kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu
itu sekarang selagi
ada hayatnya. Mungkin Tuhan
menginginkan kita
bertemu dan bercinta
dengan orang yang
salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti
bagaimana berterima
kasih atas kurniaan
itu. Cinta bukan mengajar
kita lemah, tetapi
membangkitkan
kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita
menghinakan diri, tetapi
menghembuskan
kegagahan. Cinta
bukan melemahkan
semangat, tetapi
membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah
pahit menjadi manis,
debu beralih emas,
keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat, dan
kemarahan menjadi
rahmat. Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang
yang tidak
mencintaimu, tetapi
lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu
tidak pernah memiliki
keberanian untuk
menyatakan cintamu
kepadanya. Hal yang menyedihkan
dalam hidup adalah
ketika kamu bertemu
seseorang yang
sangat berarti
bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan
kamu harus
membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa
kamu sangat
merindukan
seseorang, ketika
kamu memikirkannya
hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan
mendengar kata
“Hai” darinya, dapat
menyatukan kembali
kepingan hati tersebut. Tuhan ciptakan 100
bahagian kasih
sayang. 99 disimpan
disisinya dan hanya 1
bahagian diturunkan
ke dunia. Dengan kasih sayang yang
satu bahagian itulah,
makhluk saling
berkasih sayang
sehingga kuda
mengangkat kakinya kerana takut
anaknya terpijak. Kadangkala kamu
tidak menghargai
orang yang mencintai
kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan karena
perginya tanpa
berpatah lagi. Jangan mencintai
seseorang seperti
bunga, kerana bunga
mati kala musim
berganti. Cintailah
mereka seperti sungai, kerana sungai
mengalir selamanya. Cinta mampu
melunakkan besi,
menghancurkan batu,
membangkitkan yang
mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak
menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya
cinta ! Permulaan cinta
adalah membiarkan
orang yang kamu
cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu
inginkan. Jika tidak,
kamu hanya mencintai
pantulan diri sendiri
yang kamu temukan
di dalam dirinya. Cinta itu adalah
perasaan yang mesti
ada pada tiap-tiap diri
manusia, ia laksana
setitis embun yang
turun dari langit,bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah
yang berlain-lainan
menerimanya. Jika ia
jatuh ke tanah yang
tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu
kedurjanaan,
kedustaan, penipu,
langkah serong dan
lain-lain perkara yang
tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah
yang subur,di sana
akan tumbuh
kesuciaan hati,
keikhlasan, setia budi
pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai
yang terpuji.~ Hamka Kata-kata cinta yang
lahir hanya sekadar di
bibir dan bukannya di
hati mampu
melumatkan seluruh
jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang
lahir dari hati yang
ikhlas mampu untuk
mengubati segala luka
di hati orang yang
mendengarnya. Kamu tidak pernah
tahu bila kamu akan
jatuh cinta. namun
apabila sampai
saatnya itu, raihlah
dengan kedua tanganmu,dan jangan
biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa
tanda tanya dihatinya Cinta bukanlah kata
murah dan lumrah
dituturkan dari mulut
ke mulut tetapi cinta
adalah anugerah
Tuhan yang indah dan suci jika manusia
dapat menilai
kesuciannya. Bukan laut namanya
jika airnya tidak
berombak. Bukan
cinta namanya jika
perasaan tidak
pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika
hatinya tidak pernah
merindu dan cemburu. Bercinta memang
mudah. Untuk dicintai
juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai
oleh orang yang kita
cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara
agar kita memperolehi
kasih sayang, ialah
jangan menuntut agar
kita dicintai, tetapi
mulailah memberi kasih sayang kepada orang
lain tanpa
mengharapkan
balasan.


Mengapa wanita membutuhkan seorang pria?
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang
sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami. 1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. 2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. 3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak- kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak- hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.


cara melayani lelaki
Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta. Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan. Cinta tidak datang dipaksa- paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak- buak.